Friday, 10 June 2011

laksam telor puyuh ( RM 3.50 )

Laksam





Laksam ni kegemaran anak yg sulong.Kalau pulang kg, laksam adalah antara makanan yg dia cari.Masa kat kg pernah beberapa kali tengok mak mertua masak laksam tp tak mencubanya. Hinggalah bila dtg sini rasa nak makan kena buat sendiri. Saya guna dulang aluminium saiz sederhana dan loyang kek krn tak ada tudung periuk yg leper. Ada juga yg bagi tip masak atas tudung tin biskus atau milo.



Resepi laksam
(sumber ; lupa siapa punya resepi tp tq utk empunya resepi..:flowers: )

Bahan-bahan :

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tpg gandum
4 cawan air suam
1 sudu kecil air kapur
secubit garam

Cara menyediakan:

Bancuh semua bahan-bahan hingga rata dan tapis. Panaskan pengukus.
Sapu minyak dalam tudung periuk dan panaskan pengukus, letakkan tudung periuk/dulang dalam pengukus.Sendukkan adunan ke dlm dulang dan ratakan tipis2.Kukus hingga masak iaitu adunan menggelembung bila masak (anggaran 4-5 min). Angkat, biarkan sekejab barulah digulung kemas. Potong bulat2. Adunan di atas dpt 13 btg bagi saiz dulang sederhana. Hidangkan dgn kuah lemak,ulam2 dan sambal belacan.

No comments:

Post a Comment